Tuesday 27 November 2012

Tak faham bahasa.

Aku memang tak nak jumpa kau.
Aku cakap tak nak tu tak nak laaaa.
Why you no understand?
Aku cakap tak nak. Bahasa Melayu paling mudah untuk difahami.
Apa yang susah  sangat?

Tuesday 13 November 2012

Thursday 20 September 2012

Tak percaya.

Rasa nak demam.
Tapi orang tak percaya sebab aku dah baham 1 and a half ayam KFC tadi.
Lapar sebab aku tak makan malam lagi.
Diorang semua dah dinner.
Tak senonoh betul perangai. Sambut birthday orang lain, aku pulak yang makan lebih-lebih.
Birthday girl tak makan sangat pun.
Hewhewhew.

One of my friend said perut aku perut jin . 
Lantak mu ler. Aku lapar. 
Happy tummy,happy me.
Janganlah demam.

Friday 14 September 2012

Thank you.

I know it's wrong but I can't help myself from thinking bad of you Sir.
I am a human Sir.
I am sure you want to take some revenge of last week's incident.
Fine. Enjoy your doing. Like I care.

So the other side of me have thanked you. You're my teacher anyway.
Thank you. 

Wednesday 5 September 2012

That one XY.


Tak faham kenapa benda kecik pun nak diperbesarkan.
Kalau tak bagi cakap jela tak boleh.
Yang nak terasa kenapa?
We already said we're sorry kan. And you yourself said it's not 100% our fault.
Cakap berbelit.Menusuk hati dan perasaan.Membunuh semangat aku yang tak berapa semangat ni.
PMS ke?
Tak mungkin XY people got PMS. No. Yes?
Andropause crisis?
Maybe.
XX people nak terasa bagai aku boleh terima lagi. Sebab itu memang nature seorang XX.
Ni XY. A Pro in his field. 
Sorry sir. Keprofesionalan anda tidak lagi saya kagumi. 
Sekian.

P/s: Paranorman best.Tadi g tengok nak release tensi.



Wednesday 18 July 2012

Semangat

Assalamualaikum,

Hidup ada banyak kejutan.
Salah satunya,di hari yang indah dan bahagia,anda tiba-tiba dengan rasminya jadi pesakit kanser.

Haritu kat klinik,nampak makcik ni nangis bila tau dia menghidap breast Ca.
Harini kat wad,sempat sembang-sembang dengan makcik tu,
Nampak muka dia dah redha.
Dia pun cakap dia dah dapat terima hakikat.
Ramai orang bagi dia semangat.
Alhamdulillah, Allah sayang dia.
Ada anak-anak,suami ,staff nurse dan doktor yang dok bagi semangat.

Bila kita sakit, kadang -kadang benda pertama yang kita perlu bukanlah ubat mahupun surgeri.
Sebenarnya, what people need most is courage.Courage and hope so that they can live life,love life.


Saturday 23 June 2012

I pray to Allah to save my Iman.

Tadi rasa nak nangis.
Tapi tahan je.
Alhamdulillah masih kuat.
Masih rasa tak perlu.
Masih percaya janji Allah yang satu tu.
Jodoh rahsia Allah.
Aku percaya itu.

Saturday 26 May 2012

Adaptation

Assalamualaikum,

Masuk 3rd year.
Alhamdulillah dah nak dekat 3 minggu.
Baru Basic Clinic.Belum real posting lagi.
Banyak yang baru.
Kena pindah Kulim.
tempat baru,rumah baru,lecturer baru ,surronding baru.
Orang-orang yang baru dikenali.

Kena adapt banyak benda baru.
So far,okaylah.
1st week je stress sikit.
Yelah,banyak benda nak fikir,nak cari rumah,nak kena sesuaikan diri dengan persekitaran hospital,
format exam pun dah berubah.Fail satu part means fail semua.
Mana tak cuak.
Rasa otak terbeban sikit.
Dengan badan penat semua.
Berjalan ke sana ke mari.
Sesat dalam hospital.
Berdiri berjam-jam.

Not to mention kejar doctors yang jalan laju macam lipas kudung.
Kita nampak dia jalan kat depan kita.Kita kena ikut pi klinik dia.
Tiba-tiba selisih jalan dengan  HO or MO hensem.
Disebabkan mata gatal nak pandang keindahan ciptaan Tuhan,kepala ikut teleng ke arah makhluk2 ciptaan Tuhan itu.
Bila pandang depan balik,doctor tu dah hilang!
Less than few seconds kot.
T.T
Rasa nak tercabut kaki jalan laju-laju.
Kadang-kadang lari.

Sekarang dah biasa.
Tapi banyak lagi benda yang aku kena biasakan.

Life is about adaptation.
Adapt and we'll survive.



Friday 11 May 2012

Maaf


Maaf. Emo di pagi Jumaat.

Cuak tunggu result.

Pernah tak


Pernah tak ada orang ajak kau gaduh tapi kau malas nak layan?

Pernah tak ada orang kutuk-kutuk kau tapi kau malas nak ambik port?

Pernah tak ada orang gertak kau tapi kau tak takut?

Pernah tak ada orang tipu kau tapi kau buat-buat tak tau kau dah kena tipu?

Pernah tak kau rasa nak gelak kuat-kuat sebab kau rasa apa yang orang lain buat untuk sakitkan hati kau semua tak berjaya?

Aku pernah.


Thursday 10 May 2012

Lulus dan naik 3rd Year

Esok result reseat keluar.
Aku takut.
Seriously sangat-sangat takut.
Aku terbayang benda bukan-bukan.

Aku cuma harap aku dan kawan-kawan yang reseat semua lulus dan masuk 3rd year sama-sama.
Ya Allah berilah kejayaan kepada kami semua.
Berilah kekuatan kepada ku untuk terima semua kenyataannya esok.
Kuatkan aku Ya Allah,to face whatever result pun.

Esok.Jumaat.3pm.

Saturday 14 April 2012

Ok ini sangat comel :)

Main tarik-tarik pulak :D

Awwh, they are just so sweet...

Mama tarik baju abah sebab abah dok jauh sangat time aku nak snap gambar depa.
Maka terhasillah gambar yang sungguh comel ini.

P/s: Tak sabar nak kaweng. EH..

Monday 2 April 2012

Sensitif



Pagi tadi tengok Upin Ipin pun sebak tiba-tiba.

Sebab opah diorang sakit time bulan puasa.
Terharu sebab upin ipin pegi solat terawih and doakan opah walaupun kawan-kawan diorang main aci ligan kat luar surau.

Ipin nak main tapi tak jadi sebab nak doa untuk opah


Lepas tu balik rumah ipin whisper kat opah yang tengah tidur cakap "opah baik cepat ye" lalu mereka dua tidur sebelah opah.

Then tengok Ghost Whisperer S4,nangis jugak.



Kisah sorang ayah yang tak suka pakwe anak dia sebab pakwe anak dia tu dari kecik bernasib malang.
Semua orang cakap pakwe anak dia tu loser.
Tapi pakwe anak dia tu teruskan hidup sebab dia percaya ada malaikat lindungi hidup dia.
Pakwe anak dia tu percaya benda-benda paranormal.
Dia penangkap hantu.
Tapi ramai perlekehkan termasuklah si ayah tu lalu anak dia putus asa and break up dengan laki loser tu.
Bila si ayah ni dah mati,dia rasa bersalah dan tidak tenang sebab buat hidup anak dia sedih then dia tolong laki loser tu selesaikan kes kematian seorang nenek.
Laki tu makin famous lah sebab dia jumpa mayat nenek tu melalui teknologi kamera canggih dia yang boleh detect roh.
Lastly,sebelum ayah dia pergi ke syurga,dia cakap dia nak minta maaf kat laki tu and dia just nak anak perempuan dia bahagia.
Dia rasa bersalah sebab buat hidup anak dia tak gembira lepas break up dengan laki tu.


Tengok How Do I Look (TV show) pun mengalir air mata.


Ni ler TV Show tu


Seorang penghidap SLE yang dah hilang self-esteem sebab sakit,and steroids make her fat.
Dan disebabkan itu,dia bercerai dengan suami yang dah dikahwininya selama 24 tahun.
Dia hidup dengan ex-suami dia lagi lama daripada duduk dengan mak bapak dia sebab dia kahwin masa umur 16 tahun.
Lama kan?
Her sister and daughter nak tengok dia jadi yakin macam dulu,
pakai cantik-cantik dan tak malu nak keluar rumah,blend dengan society and community.
Sebab she is pretty you know,muka lembut baik je.
Tapi she has no self-confident,dan in the end,dia dapat balik kekuatan itu sebab dia masih ada yang sayang.
Eventhough dia sakit dan suami dia tinggalkan dia,dia masih ada anak dan adik yang rindukan dia yang dahulu.



Aku bukan seorang yang senang nak mengalir air mata,
tapi sekali menangis mood menangis tu susah nak hilang.
Tak tahu kenapa tiba-tiba senang pulak nak rasa sebak dan menangis.
Ketidakseimbangan hormon agaknya.



Saturday 31 March 2012

Tak faham

Assalamualaikum,

Cuti-cuti ni memang aku bangun awal.
Tapi suka sangat nak tidur balik lepas subuh.
Tapi tadi lepas subuh aku terjumpa satu novel yang aku belom penah baca lagi kat atas meja study.
Banyak rupanya buku yang aku x sempat baca lagi kat rumah.
Aku pun capai la novel ni tajuk dia Kawan.
Adik cakap Ammar yang beli.
Aku pun bacala...

Cerita pasal uncle Cina ni syok tangkap buaya and ular sebab nak jual kat restoran.
Yela,orang Cina kan suka makan makanan pelik-pelik.
Tapi dia berhenti cari ular and buaya sekejap sebab restoran tempat dia jual haiwan2 eksotik tu kena serbu dengan Perhilitan.
Lepastu plot cerita tu terarah pula kepada keluarga salah seorang pegawai Perhilitan.
Pasal anak-anak dia.Tipikal budak-budak kampung zaman dulu-dulu.
Lepastu budak2 kampung ni main perang2,aku rasa jalan cerita dia best cuma ayat dia agak skema.
Aku mulai bosan lalu tanpa sedar mataku terkatup.
Maap le aku baca tak habis.Aku yang taip ni pun rasa bosan nak cerita.
Tak pasti connection uncle jual ular tu dengan pegawai perhilitan tu.
Kena tangkap kot.Ending dia pun aku tak sure.

Tadikan mataku terkatup.
Pabila daku membuka mataku,jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari.
Ooops,lama pula katupan mataku.Aku terus ke bilik air dan mandi.

Pabila ku turun aku berasa lapar lalu ingin makan.
Wah,makanan tengahari sudahpun siap.
Tetapi telingaku terpaksa mendengar suara merdu Mama dahulu.
Apa ntah ayat Mama aku tak ingat,yang pasti dia bebel la aku bangun lambatsss.
Wakaka.Tetapi aku sudah pun immune dengan bebelan itu.
Lalu aku pun makan dan buat tak tahu saja.
Ehehehehe....

Konklusinya,aku memang suka buat cerita xdak kaitan,atau kurang kaitan.
Eh,Aku pun tak faham lah apa yang aku tulis.


P/s:Anda dibenarkan tidur atau mengatupkan mata anda selepas membaca entri ini.


Sekian.




Sunday 4 March 2012

Lega sikit

Assalamualaikum,

Ini entri ke 3 untuk hari ni.
Aku tak tau nak share dengan siapa lagi selain doa kat Allah n cerita semua ni kat mama.
Alhamdulillah,dah rasa tenang sikit.
Mood study pun dah datang balik.
Thank you Allah.
Oh,lupa nak bagitau esok ada Mock OSCE.

Ni sebenarnya test before the real one in final nanti.
Ada history taking which means kita kena tanya patient dia sakit apa,kat mana sakit,bila sakit etc.
Lepas tu kena buat physical examination berkaitan dengan tempat dia complain sakit tu.
Each session.history taking and PE takes 4 minutes.

Module yang ada GIT and Neuro.
Tapi Dr. cakap pasal Neuro.
Banyak kot dia boleh tanya.
Upper limb,lower limb,Cranial nerves.
Cranial nerves tu ada 12.Pandai2 la aku teka apa possibility yang depa boleh suruh kita buat dalam masa 4 minit.

Nervous pulak.hikhik.
Malam ni nak practise dengan kawan.
Harap esok habis cepat.
Boleh balik awal :)

Tensi

Tensed much yet not reach maximum level.
Boleh sabar lagi rasanya.
Final Exam lagi dua minggu.
EOM reproductive Jumaat depan.

Aku dok termangu macam tak tahuan.
Serius tengah stress.

Stress sebab mood study tak mai lagi.
Stress sebab tengok orang lain rajin study.

Stress ni mesti sebab belom period lagi.Huiii
Stress sebab rasa macam kena tipu.Eh bukan macam memang tapi aku tak tertipu.
Tipah tertipu.
Lama tak dengar lagu tu.

Stress sebab sebenarnya aku tak faham kenapa nak rasa stress sekarang.
Siapa cakap bila nak exam je kena stress??
Tak boleh ka nak enjoy enjoy happy happy time exam?

*Boleh.
*Hang bila enjoy hang tak study.
*Hang tak study tengok la result nanti.Nak repeat lagi ka?
*Aku tak mau.
Hoih.
Evil sungguh kata hati aku ini.

Aku akan cuba untuk sambung study balik.
Kira sampai seratus.
Aku nak tutup lappy.
BAHAYA bukak lama-lama.Lagi-lagi bila ada internet connection.
 

Trust

Assalamualaikum,

Adakah berdiam diri satu perbuatan yang betul sekarang?
I know the truth already.
Bukan baru tau.
In fact, long long time ago.
Nak marah ke nak buat tak tau?
Nak reveal yang aku dah tau ke nak buat orang tu rasa macam aku still tak tau?

Fake.
Causes pain.
Especially when you know the truth behind every single lie people make.
But you decide to act like nothing happens.

Tak pasti dan tak faham motif sebenar.
Kenapa nak buat macam tu dekat orang?

To put a trust on people isn't easy to me.
Sedikit paranoia dan suspicious.
Dan sekarang memang la lagi susah.

Sorry I can't trust you anymore.



Wednesday 29 February 2012

Jadi baik

Memang susahkan nak jadi baik?
Kadang-kadang rasa solat khusyuk sikit daripada biasa.
But most of the times tak.
Dok berimaginasi nak makan apalah,nak buat apalah nak pergi kedai jap lagila
Rasa makin lama makin jauh dari Allah.makin jauh in terms of level of ibadah,dan ingatan aku terhadap Dia.
Aku sedar dulu aku lebih banyak mengaji,rajin baca ma'thurat,rajin bangun tahajud...
sekarang...
Hanyut.Lalai.Leka.Alpa.
Aku nak dekat dengan Dia.
Aku rindu nak rasa rindu dekat Dia.

Aku nak jadi solehah.
Aku nak rasa manisnya ibadah itu semula.
Aku rindu.

Thursday 23 February 2012

i miss maktab and all of the memories in it

Entah kenapa tiba-tiba rindu suasana maktab.
Dok diam-diam macam ni buat aku rindu suasana time prep malam-malam.
Kelas yang bersepah,buku kat loker yang macam tower,warden yang sambil round terpekik terlolong ,angin yang sejuk, kebingitan yang melampau...
Aku rindu nak tido sampai habis prep.
Rindu nak merayap tak tentu hala kalau bosan.
Rindu nak pergi toilet betulkan tudung.heh~
Rindu nak sembang-sembang dengan bebudak kelas aku.

On top of that, i miss all of my friends so much.
Aku rindu adik- beradik hoomroom,ex-roommates,Group AG aku,classmates form 4G,Budak-budak Neuro...
Senang cerita aku rindu 1st batch MRSM Alooor Gajah.
Aku rindu cikgu-cikgu yang terima aku and kawan-kawan satu batch dengan hati terbuka since our first day daftar maktab.
Aku rindu nak kena bebel dengan Mummy Mushala.
Aku rindu nak kena denda pelik-pelik dengan cikgu Sheikh.
Aku rindu tazkirah ustaz Zaidi.
Aku rindu nak kena brainwash dengan cikgu Satari lepas solat isyak sebelum pergi prep malam.
Aku rindu nak tido kat port paling belakang dalam surau time cikgu Satari or cikgu lain dok bising-bising kat depan.

Aku rindu nak hantar dobi guna bakul limit 8 helai baju ja.
Aku rindu bilik aku GS 112.Aku rindu aras,loker,stor,toilet -_-
Aku rindu nak naik tangga ke aras atas kayangan GS 308.
Aku rindu nak jerit panggil orang bilik sebelah.
Aku rindu nak tido bilik wani malam-malam.
Aku rindu nak lepak bilik anis.
Aku rindu nak solat dalam bilik kosong err~
Aku rindu nak makan share rebut rebut dengan roommates and my best friends.
Aku rindu nak gossip-gossip atas katil aku dengan depa.
Aku rindu nak cakap 'after' kuat-kuat sebab nak cop iron dan cop toilet time nak mandi.

Argghhh aku rindu surau lab library padang astaka DS rumah warden asrama tempat ampai kain bukit belakang maktab pondok pak guard dewan kafe koop rumah pengetua rumah cikgu-cikgu.

Semua aku rindu kalau aku tulis sampai esok pun tak habessssssss!

Rasa nak jadi budak sekolah balik.
Nak masuk maktab lagi sekali dengan semua  budak 1st batch .



Majalah maktab pun aku tak ambik lagi.HUHUHUHU
emo~






Saturday 11 February 2012

Aku lupa nak tulis tajuk.Aku baca balik baru entri ni bertajuk.

Assalamualaikum,

Semangat  je nak bangun awal-awal lepastu jogging.
Tapi tak jogging punnnnn.
Menyesal aku tidur balik tadi.haihlaaaa,
Yela,nak keluar tadi gelap lagi.Takut pulak la nak jogging seorang diri.
Plan nak baring 15 minit je,ni aku bantai tidur sampai pukul 10.

Ngeng.Kat diri sendiri.

Ada orang cakap aku kuat tidur.Ya.
Sebenarnya aku juga seorang yang kuat makan.
Jadi mestilah bersenam selalu supaya tidak semput apabila menaiki tangga.
Fitness itu penting.
Selain itu,dengan bersenam,aku juga boleh memaintainkan berat badan supaya BMI sentiasa di dalam kategori berat badan unggul.Cewaaaah!
Okay jogging pagi-pagi menghirup udara segar sangatlah heavennnn!Ruginya aku pi tidoq balik!!!

Tapi serius aku tak suka diet-diet segala.Time makan kena makan.
Jangan sia-siakan waktu makan anda.

Kalau anda nak diet jugak,boleh,tapi tolonglah jangan skip waktu makan utama.
Tolonglah.Jangan seksa diri sampai tak makan langsung.
Berdosa apa seksa perut sebab tak makan.Sebab boleh harm diri sendiri.

Breakfast,lunch dan dinner,jangan tinggal.
Makan dalam kuatiti yang sedikit tapi pastikan hidangan makanan anda masih seimbang dengan karbohidratnya,vitamin,protein,serat.
Dah macam dietician dah pulak.

Aku nak cerita aku tak bangun pergi jogging je pun.
Dah ler,nak siapkan PBL.
Tata.

Sunday 5 February 2012

Cinta Tok Wan pada Tok

Bukan nak jiwang-jiwang,
tapi tiap kali balik kampung aku rasa bahagia bila tengok cara tok wan aku layan tok.
Tok sekarang sakit.
Susah nak jalan.Kaki dia sakit.Mata pun ada cataract tapi operation on hold sebab ada diabetes.
Memang sedih tengok tok yang aku sayang sangat-sangat sakit macam tu ;(

Tok wan sayang sangat kat Tok.
Walaupun dia tak cakap depan-depan tapi perbuatan dia telah reveal segala-galanya.
Bak kata pepatah "action speaks louder than words".

Bila tok nak makan,tok wan ambikkan lauk,bubuh dalam pinggan tok.Tok wan siap ceraikan lagi isi ikan biar jadi kecik-kecik sampai senang tok nak makan.

Kadang-kadang Tok wan masak untuk tok.Depa tinggal berdua je kat kampung.
Tok wan selalu jadi tukang masak kenduri.Of course lah mantop dan sedap hingga menjilat jari semua makanan yang tok wan masak.
Kalau tok wan tak larat nak masak,dia beli lauk kat kedai depan kampung tu untuk tok.

Tok suka makan tepung talam and apom lenggang.
Pagi-pagi tok wan akan beli untuk tok banyak-banyak so that tok can enjoy her favourite kuihs.



Tepung talam @ kuih talam


Ni ler apom lenggang.
Banyak belah2 utara.Sedap.Aku pun suka gak
Tadi mama call cakap tok jatuh.Tak tau cana tok jatuh.Mama citer pun aku tak concentrate dah bila aku dengar ayat 'tok jatuh'.
Bawah mata tok luka.Tu ja yang aku sempat tangkap.
Aku cuma concentrate balik bila mama cakap Tok wan terus rush bawak tok pi private clinic kat Nibong Tebal.Siap buat x-ray semua takut ada patah mana-mana.
Tapi mama pun tak tau keadaan tok yang latest sebab dia call tok wan banyak kali tapi wan tak angkat
I'm so scared.
Jangan la jadi apa2 kat tok.
Ya Allah,peliharalah tok & tok wan.Sembuhkanlah tok.Aku memohon pada-Mu ;(


Thursday 2 February 2012

Perlu atau tidak?

Assalamualaikum,

Perlukah aku memakai braces?
Ataukah tidak?

Model braces blog aku
Coloured dental braces.Ada gak yang ceramic.Comel!

Macam tak nampak sangat kan?

Rasa macam nak pakai tapi macam tak sanggup nak tahan sakit.
Gigi depan aku ni makin lama macam makin tak tersusun ajer.Macam makin jarang.Dulu tak.
Dulu macam berlapis sikit.
Hewhew...bagaimanakah?

If nak buat,duit rasanya macam cukup.Sebab boleh bayar ansur-ansur tiap kali check-up and all.Jadi,bolehlah kan.Nak mintak parents sponsor,rasa malu pula.Ye,aku memang rasa malu bila mintak duit kat parents.Maybe sebab dari kecik dah diajar supaya kalau nak apa-apa,kumpul duit sendiri and pergilah dapatkannya tanpa halangan.Duit sendiri,sendiri punya sukala..HOHO.
Area Kepala Batas ni ada satu klinik gigi.Dentist Melayu perempuan.Kalau lelaki pun aku tak kesah.
Laugh out loud.LOL.
Ada classmates aku 2 orang dah buat dekat situ.
Jadi,rasa sedikit yakin nak buat dekat situ.

Yang menjadi masalah ialah,aku takut sakit.Sakit gigi itu hari pun tak tertanggung rasanya.
Sampai demam-demam.Dah ler time exam.Haihhh...
Yes,kawan2 aku cakap memang seksa la masa mula-mula pakai.Makan apa pun sakit.Nak ketawa pun sakit.Keding lah macam ni,takleh makan.Dahlah aku tak boleh hidup kalau tak makan.Huuu..

Nanti cemane nak makan lamb chop?
Tapi aku tak pernah makan  lagi..
.Kesiankan?Sape nak belanje  sila  buka  mata.Haha,kan dah kena belanja.
Wey jangan nak berangan.Sape bace blog kau?Follower pun sorang je.
Tq edina ;) sobss


Selain sakit,aku mencari-cari masa yang sesuai untuk mula memakainya.Sekarang nak dekat exam.Jadi dikhuatiri pemakaiannya akan mengganggu tumpuan aku terhadap pelajaran.
Cewwah skema dan nerd giler kau dan ayat kau.
SEXY.Nerd tak aku?

Aku goggle 'nerd' keluar gambar mamat ni.


Li Minho kan ni?
Eh,yeke?Ntah.Aku pun tak sure.
Aku type 'hot nerd'.Tetibe ada gamba dia.









Arggh tak leh berenti lak copy paste gamba jejaka-jejaka hot nerd di atas.Ok,stop.Nak tengok yang lebih hot lagi sila goggle sendiri terima kasih.
Ye tuan-tuan dan puan-puan, memang kena jadi skema dan hot nerd.Kang tak pepasal kena repeat.
Nauzubillah.
Cukuplah satu paper je aku kena repeat.
Tidak sanggup lagi aku jika semester ini,kena repeat paper lagi.
Mentally and physically tortured you know.Nak tau rasalah sendiri.
I can feel it.Final lagi sebulan.Repeat exam after final.Itulah penentu aku dapat naik 3rd year ke tak.
Aku nak naik 3rd year.Tak nak repeat year.Ya Allah takutnya bila fikir pasal naik2 tahun nii!!!

Jadi,aku nak pakai braces ke tidak?

Tuesday 31 January 2012

Brain infections???

Assalamualaikum,

Today's lecture was all about brain infections.
Meningitis,encephalitis,brain abscess yada yadaaaa.
And there was this one lecturer who made me freakin' out of nowhere.
Owh,and he is my mentor.And he exaggerates much in telling story.

Today's lecture taught me that if you want to swim in the river and you like to jump jump from a big stone so that big splash splash come out,you better hold your breath and pinch your nose inside the water.
If not,this little creature named Acanthamoeba will go to your brain through nose and cause granulomatous encephalitis.This Acanthamoeba lives in the river.

 Thames River probably has many Acanthamoeba.*pandai-pandai je aku tuduh Sg Thames.haha

Domestic cats may kill.
I do no joke.This parasite,Toxoplasma gondii likes to built a happy family in your Siamese cat's,Parsi cat's and cats' poops.The parasite may cause encephalitis too.


RAWR!!!
Who cares about poops?Just their smell and texture matters.
Oww yucks!



And what more,
even walking through the grasses also can cause brain infection.
And I was like,(apakah keadaan ini?lalu kat rumput pun boleh dapat infeksi?!!lepasni aku taknak pijak rumput lagi!).

Rumput??tidaaak!

And what makes this freakier?
You know Japanese encephalitis?Infection that kills so many people.The cases was quite famous a long time ago.Nowadays it is less heard but still exist.
Ah,that JE is brought up by Culex mosquito.
And this Culex is the ordinary mosquito.Mind that Aedes has stripes aite?
This one is the one which don't has stripes.Plain black body.We see it everyday.We get bitten by it almost everyday.I thought Aedes is dangerous but Culex seems dangerouser.(ada ka word dangerouser?).Well, both of them may carry viruses.So they are both dangerous.
We don't know whether the Culex have JE virus or not when they enjoying sucking our blood and say 'wow this is yummayh!'.
So,better say thanks to Allah for not having brain infections everytime we were bitten by mosquitoes.NOW.


Jadi entri ini sangatlah menampakkan aku  sebagai  seorang budak medik.
Tujuan entri ini adalah untuk berkongsi apa yang aku telah belajar hari ini sebab tetibe rasa cam rajin dan takleh tido.
Juga kerana penyebab-penyebab jangkitan pada otak adalah kerana terjun dalam sungai tak tutup hidung,kucing,rumput dan nyamuk.
Which are common and some  of them, we see everyday.
And terjun dalam sungai dari batu yang besar tak tutup hidung,aku suka buat.

p/s:Makin aku tau pasal penyakit-penyakit ni makin aku takut je.Rasa macam better tak tahu pun ada.HAHA.

Saturday 28 January 2012

Aww.Touche.

Assalamualaikum

Sepanjang aku membesar,banyak benda aku belajar.
Semua masuk otak tapi tak semuanya yang sampai ke hati.
Ilmu pun ada roh.Tahu??
Selalu aku dengar this saying - 'remember by heart'.
Tapi aku sendiri pun tak boleh nak sampaikan semua benda yang aku baca to the bottom of my heart.

Sebenarnya aku nak cerita pasal ni..

Satu pagi yang bahagia...
terdengar bunyi yang sungguh merdu di bilik air..

 "Look at the stars,
Look how they shine for youu"

sambil diiringi bunyi air shower sebagai muzik latar,seseorang melalak.feel dia macam tengah dok buat video clip lagu baru sambil nyanyi dalam hujan.alaah,selalu retis buat.
feeling habis nyanyi sambil basah kuyup dalam hujan.cool ohhh.

sambung lagi

"your skin,yeah your skin and bone,
turn innnto something beautiful"

"D'you know.you know i love you so"
oh ini lagu tajuk dia yellow by coldplay.

tiba-tiba

"kakaaaaak!"




"kakaaaak!"
eh,tu macam suara dak kecik tuh.





"hape??!"
alaaah,orang tengah feeling nih,kaco je laaah.


















"jangan nyanyi dalam bilik airrrrr"















"nape???"
















"nanti Allah marah'














"siapa cakap???"
cemana dak kecik ni tau tak leh nyanyi dalam bilik air?
outstanding sungguh aih.











"kak yang (bukan nama sebenar) cakap"








Aww.touche.














sebenarnya bukan orang tak tau makruh kan nyanyi dalam bilik air.
tempat syaiton.
cuma kadang-kadang sebagai human being orang terlupa benda-benda kecik macam nih.
benda makruh kan Allah tak suka.
Betullah adik cakap.nanti Allah marah.





How halusnya Allah nak suruh aku ingat balik ape yang aku pernah belajar time kecik2 dulu.
Adab dalam bilik air.He reminds me through adik yang baru masuk tadika.
Itulah point sebenarnya.kadang2 budak kecik pun boleh jadi cikgu pada grown up people like us.
kadang2 dengar la ceramah agama ke,kuliah subuh ke,kalau Allah tak buka pintu hati kita,ada ilmu yang kita terlepas dari segi pengetahuan dan pengamalan.
ni contoh je.bukan aku kata pegi kuliah tu x elok.sebab tu dalam majlis ilmu kena baca doa penerang hati.mudah-mudahan berkat.tapi hati manusia jahil dan x berapa nak kuat iman kadang2 x sensitive.
Adab dalam bilik air tu aku belajar formally since sekolah rendah kot.
Malu dengan diri sendiri.
Budak tadika pun tau tak leh melalak dalam toilet.











p/s:Jangan nyanyi dalam bilik air nanti Allah marah

Friday 6 January 2012

Emotionless

Assalamualaikum

Emosi aku tidak wujud ketika ini.
Aku tak sedih.
Gembira pun tidak.

Therefore,the correct equation is:

(-)sad + (-)happy = notsadnothappy = emotionless

Otak aku bukan untuk maths.
Tapi aku bangga kerana dengan belajar maths aku mampu hasilkan equation.
Please,
Laugh like you are insane.
Show your emotion.
Jangan jadi macam aku.


Adios!

Wednesday 4 January 2012

It's hard to say no

Assalamualaikum

Yes.It is.
It is hard to say no.
Aku memang tak reti nak cakap tidak pada certain2 keadaan.
Jadi aku ganti dengan 'tak pelah' or 'maybe next time'.
Pandai tak aku?
Hoho.



Aaa mengarut.
Aku dalam dilema.
Tulah siapa suruh pandai-pandai berjanji?
Kan dah susah nak tepati.
Aaaa menyesal-menyesal.


Tolong la jangan ajak aku keluar.
Aku tak nak jumpa kau.
Either virtually or in reality.
Please.


Marahlah aku.
Aku lagi sanggup kena marah dengan kau daripada rasa bersalah dekat diri sendiri.
I'm sorry.
Memang aku salah.
Salah sebab berjanji without thinking seribu kali.


Once again.
Please don't ask.
Please don't say it.
Please,janganlah nak merayu-rayu bagai.


I'm afraid I'm not strong enough.
The truth is,
I'm brittle enough to fall again.

Esok sekolah

Assalamualaikum

Esok,4 Jan 2012 tarikh rasmi persekolahan.(actually dah 4 Jan,lebih pukul doblas dah pun)
Esok,adik sekolah.
Dah besar dah dia.
Macam tak percaya je dia dah nak masuk sekolah.
She seems excited nak pergi sekolah.Tapi tak taulah esok macam mana.
Hopefully semuanya baik2 sahaja.
Jangan buat hal sudah.


Model tudung Ariani


She is still my little baby.
And she always be.



P/s:Tak boleh tidur.Nervous sebab esok sekolah ;)

Sunday 1 January 2012

Chapter 2012 , Page 1 of 366

The title is actually a trend on Twitter.

Azam tahun 2012?
Tak fikir lagi.
Aku punya azam tak payah nak kena tunggu tahun baru.Bila-bila pun boleh buat.
Seriously memang tak rasa ada beza sangat pun antara semalam (2011) dan hari ini (2012).
Orang dok pum pam kebabom  pasang bunga api  dan mercun pukul 12 malam tadi aku boleh lena tak sedaq apa =.=
Memang kalau depa pasang TNT pon aku tak sedaq.
Padahal aku tidoq 15 minit sebelum pukul 12.
Jikalau mengikut logik,if baru 15 minit tidoq orang masih boleh terjaga jika kebingitan terhasil.
Itulah aku.
Sungguh ignorant.
Tak tau la pasai apa mengantuk ngat.
Sedangkan aku yang berkobar-kobar nak tengok bunga api sebenaqnya.Kat area rumah aku tiap2 kali tahun baru mesti ada pasang bunga api and I can see the fireworks just through my windows (if bertuah,sometimes kena keluar rumah).
Melepas aku nak tengok fireworks yang cantik-cantik itu....


Oh,bercakap tentang 2012,
Tahun ini adalah tahun lompat.
Ni ha fakta tentang 2012 aku cari kat Wiki.


2012 (MMXII) is a leap year starting on Sunday in the Gregorian calendar, and it is the current year. It is the 2012th year of the Common Era (CE) and Anno Domini (AD) designations, the 12th year of the 3rd millennium and of the21st century, and the 3rd of the 2010s decade.

Haa..Sekarang,barulah nampak macam berilmiah sikit entry aku ni.

Okay,tahun ni ada 366 hari yakni bulan Februari yang selalu ada 28 hari kini ada 29 hari.Tambah satu hari kat situ.Now,i'm thinking...
Kenapa dalam banyak2 bulan,nak kena pilih bulan Februari?Kenapa tak pilih bulan lain?
Pilihlah bulan lain.Julai ke Ogos ke...Bulan yang ada 31 hari la best.
Nanti jadi 32 hari.Baru nampak cool bila ada tarikh macam ni dalam kalendar. 
*32 July 2012.*Contoh

Macam mana boleh ada terlebih satu hari?
Err,panjang ceritanya,pergi baca sendirilah ye.

Tapi sebenarnya,
Orang Barat seperti Julius Caesar dan Augustus Caesar sengaja je  nak tunjuk pandai bagi teori sana sini sebab nak suruh kita ikut kalendar depa.
Julius Caesar buat Julian calendar,tapi after that Augustus Caesar kata ada salah sikit,
lalu terhasillah Gregorian calender iaitu yang dipakai oleh masyarakat dunia sekarang.
As they want to rule the world.
Ni link kalau nak tau lebih lanjut http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1293.0
And kita sekarang dah terjebak dengan pakatan mereka.Terpaksa je ikut.
Padahal boleh je nak ikut takwim Islam.

Kerana terlalu mengagung-agungkan tarikh 1 Januari setiap tahun,ramai yang terlupa tarikh hari ni kalau ikut bulan Islam.
Termasuklah aku.Yang tau tu taulah,tapi honestly memang aku tak tau.

Sampai kena search tarikh hari ni....














































Haa,,,Jumpa pun,
6 Safar 1433H bersamaan 1 Januari 2012.



Betapa takwim Islam kurang diberi perhatian kecuali bila dah nak dekat2 tarikh puasa dan raya.
Baru aku sedar,
Betapa orang Islam sendiri x alert dengan tarikh dalam kalendar Islam.
Baru aku sedar,akulah antara orang itu.
Aku tau korang pun sama...kui3.

Sekian.