Wednesday 29 February 2012

Jadi baik

Memang susahkan nak jadi baik?
Kadang-kadang rasa solat khusyuk sikit daripada biasa.
But most of the times tak.
Dok berimaginasi nak makan apalah,nak buat apalah nak pergi kedai jap lagila
Rasa makin lama makin jauh dari Allah.makin jauh in terms of level of ibadah,dan ingatan aku terhadap Dia.
Aku sedar dulu aku lebih banyak mengaji,rajin baca ma'thurat,rajin bangun tahajud...
sekarang...
Hanyut.Lalai.Leka.Alpa.
Aku nak dekat dengan Dia.
Aku rindu nak rasa rindu dekat Dia.

Aku nak jadi solehah.
Aku nak rasa manisnya ibadah itu semula.
Aku rindu.

Thursday 23 February 2012

i miss maktab and all of the memories in it

Entah kenapa tiba-tiba rindu suasana maktab.
Dok diam-diam macam ni buat aku rindu suasana time prep malam-malam.
Kelas yang bersepah,buku kat loker yang macam tower,warden yang sambil round terpekik terlolong ,angin yang sejuk, kebingitan yang melampau...
Aku rindu nak tido sampai habis prep.
Rindu nak merayap tak tentu hala kalau bosan.
Rindu nak pergi toilet betulkan tudung.heh~
Rindu nak sembang-sembang dengan bebudak kelas aku.

On top of that, i miss all of my friends so much.
Aku rindu adik- beradik hoomroom,ex-roommates,Group AG aku,classmates form 4G,Budak-budak Neuro...
Senang cerita aku rindu 1st batch MRSM Alooor Gajah.
Aku rindu cikgu-cikgu yang terima aku and kawan-kawan satu batch dengan hati terbuka since our first day daftar maktab.
Aku rindu nak kena bebel dengan Mummy Mushala.
Aku rindu nak kena denda pelik-pelik dengan cikgu Sheikh.
Aku rindu tazkirah ustaz Zaidi.
Aku rindu nak kena brainwash dengan cikgu Satari lepas solat isyak sebelum pergi prep malam.
Aku rindu nak tido kat port paling belakang dalam surau time cikgu Satari or cikgu lain dok bising-bising kat depan.

Aku rindu nak hantar dobi guna bakul limit 8 helai baju ja.
Aku rindu bilik aku GS 112.Aku rindu aras,loker,stor,toilet -_-
Aku rindu nak naik tangga ke aras atas kayangan GS 308.
Aku rindu nak jerit panggil orang bilik sebelah.
Aku rindu nak tido bilik wani malam-malam.
Aku rindu nak lepak bilik anis.
Aku rindu nak solat dalam bilik kosong err~
Aku rindu nak makan share rebut rebut dengan roommates and my best friends.
Aku rindu nak gossip-gossip atas katil aku dengan depa.
Aku rindu nak cakap 'after' kuat-kuat sebab nak cop iron dan cop toilet time nak mandi.

Argghhh aku rindu surau lab library padang astaka DS rumah warden asrama tempat ampai kain bukit belakang maktab pondok pak guard dewan kafe koop rumah pengetua rumah cikgu-cikgu.

Semua aku rindu kalau aku tulis sampai esok pun tak habessssssss!

Rasa nak jadi budak sekolah balik.
Nak masuk maktab lagi sekali dengan semua  budak 1st batch .



Majalah maktab pun aku tak ambik lagi.HUHUHUHU
emo~






Saturday 11 February 2012

Aku lupa nak tulis tajuk.Aku baca balik baru entri ni bertajuk.

Assalamualaikum,

Semangat  je nak bangun awal-awal lepastu jogging.
Tapi tak jogging punnnnn.
Menyesal aku tidur balik tadi.haihlaaaa,
Yela,nak keluar tadi gelap lagi.Takut pulak la nak jogging seorang diri.
Plan nak baring 15 minit je,ni aku bantai tidur sampai pukul 10.

Ngeng.Kat diri sendiri.

Ada orang cakap aku kuat tidur.Ya.
Sebenarnya aku juga seorang yang kuat makan.
Jadi mestilah bersenam selalu supaya tidak semput apabila menaiki tangga.
Fitness itu penting.
Selain itu,dengan bersenam,aku juga boleh memaintainkan berat badan supaya BMI sentiasa di dalam kategori berat badan unggul.Cewaaaah!
Okay jogging pagi-pagi menghirup udara segar sangatlah heavennnn!Ruginya aku pi tidoq balik!!!

Tapi serius aku tak suka diet-diet segala.Time makan kena makan.
Jangan sia-siakan waktu makan anda.

Kalau anda nak diet jugak,boleh,tapi tolonglah jangan skip waktu makan utama.
Tolonglah.Jangan seksa diri sampai tak makan langsung.
Berdosa apa seksa perut sebab tak makan.Sebab boleh harm diri sendiri.

Breakfast,lunch dan dinner,jangan tinggal.
Makan dalam kuatiti yang sedikit tapi pastikan hidangan makanan anda masih seimbang dengan karbohidratnya,vitamin,protein,serat.
Dah macam dietician dah pulak.

Aku nak cerita aku tak bangun pergi jogging je pun.
Dah ler,nak siapkan PBL.
Tata.

Sunday 5 February 2012

Cinta Tok Wan pada Tok

Bukan nak jiwang-jiwang,
tapi tiap kali balik kampung aku rasa bahagia bila tengok cara tok wan aku layan tok.
Tok sekarang sakit.
Susah nak jalan.Kaki dia sakit.Mata pun ada cataract tapi operation on hold sebab ada diabetes.
Memang sedih tengok tok yang aku sayang sangat-sangat sakit macam tu ;(

Tok wan sayang sangat kat Tok.
Walaupun dia tak cakap depan-depan tapi perbuatan dia telah reveal segala-galanya.
Bak kata pepatah "action speaks louder than words".

Bila tok nak makan,tok wan ambikkan lauk,bubuh dalam pinggan tok.Tok wan siap ceraikan lagi isi ikan biar jadi kecik-kecik sampai senang tok nak makan.

Kadang-kadang Tok wan masak untuk tok.Depa tinggal berdua je kat kampung.
Tok wan selalu jadi tukang masak kenduri.Of course lah mantop dan sedap hingga menjilat jari semua makanan yang tok wan masak.
Kalau tok wan tak larat nak masak,dia beli lauk kat kedai depan kampung tu untuk tok.

Tok suka makan tepung talam and apom lenggang.
Pagi-pagi tok wan akan beli untuk tok banyak-banyak so that tok can enjoy her favourite kuihs.



Tepung talam @ kuih talam


Ni ler apom lenggang.
Banyak belah2 utara.Sedap.Aku pun suka gak
Tadi mama call cakap tok jatuh.Tak tau cana tok jatuh.Mama citer pun aku tak concentrate dah bila aku dengar ayat 'tok jatuh'.
Bawah mata tok luka.Tu ja yang aku sempat tangkap.
Aku cuma concentrate balik bila mama cakap Tok wan terus rush bawak tok pi private clinic kat Nibong Tebal.Siap buat x-ray semua takut ada patah mana-mana.
Tapi mama pun tak tau keadaan tok yang latest sebab dia call tok wan banyak kali tapi wan tak angkat
I'm so scared.
Jangan la jadi apa2 kat tok.
Ya Allah,peliharalah tok & tok wan.Sembuhkanlah tok.Aku memohon pada-Mu ;(


Thursday 2 February 2012

Perlu atau tidak?

Assalamualaikum,

Perlukah aku memakai braces?
Ataukah tidak?

Model braces blog aku
Coloured dental braces.Ada gak yang ceramic.Comel!

Macam tak nampak sangat kan?

Rasa macam nak pakai tapi macam tak sanggup nak tahan sakit.
Gigi depan aku ni makin lama macam makin tak tersusun ajer.Macam makin jarang.Dulu tak.
Dulu macam berlapis sikit.
Hewhew...bagaimanakah?

If nak buat,duit rasanya macam cukup.Sebab boleh bayar ansur-ansur tiap kali check-up and all.Jadi,bolehlah kan.Nak mintak parents sponsor,rasa malu pula.Ye,aku memang rasa malu bila mintak duit kat parents.Maybe sebab dari kecik dah diajar supaya kalau nak apa-apa,kumpul duit sendiri and pergilah dapatkannya tanpa halangan.Duit sendiri,sendiri punya sukala..HOHO.
Area Kepala Batas ni ada satu klinik gigi.Dentist Melayu perempuan.Kalau lelaki pun aku tak kesah.
Laugh out loud.LOL.
Ada classmates aku 2 orang dah buat dekat situ.
Jadi,rasa sedikit yakin nak buat dekat situ.

Yang menjadi masalah ialah,aku takut sakit.Sakit gigi itu hari pun tak tertanggung rasanya.
Sampai demam-demam.Dah ler time exam.Haihhh...
Yes,kawan2 aku cakap memang seksa la masa mula-mula pakai.Makan apa pun sakit.Nak ketawa pun sakit.Keding lah macam ni,takleh makan.Dahlah aku tak boleh hidup kalau tak makan.Huuu..

Nanti cemane nak makan lamb chop?
Tapi aku tak pernah makan  lagi..
.Kesiankan?Sape nak belanje  sila  buka  mata.Haha,kan dah kena belanja.
Wey jangan nak berangan.Sape bace blog kau?Follower pun sorang je.
Tq edina ;) sobss


Selain sakit,aku mencari-cari masa yang sesuai untuk mula memakainya.Sekarang nak dekat exam.Jadi dikhuatiri pemakaiannya akan mengganggu tumpuan aku terhadap pelajaran.
Cewwah skema dan nerd giler kau dan ayat kau.
SEXY.Nerd tak aku?

Aku goggle 'nerd' keluar gambar mamat ni.


Li Minho kan ni?
Eh,yeke?Ntah.Aku pun tak sure.
Aku type 'hot nerd'.Tetibe ada gamba dia.









Arggh tak leh berenti lak copy paste gamba jejaka-jejaka hot nerd di atas.Ok,stop.Nak tengok yang lebih hot lagi sila goggle sendiri terima kasih.
Ye tuan-tuan dan puan-puan, memang kena jadi skema dan hot nerd.Kang tak pepasal kena repeat.
Nauzubillah.
Cukuplah satu paper je aku kena repeat.
Tidak sanggup lagi aku jika semester ini,kena repeat paper lagi.
Mentally and physically tortured you know.Nak tau rasalah sendiri.
I can feel it.Final lagi sebulan.Repeat exam after final.Itulah penentu aku dapat naik 3rd year ke tak.
Aku nak naik 3rd year.Tak nak repeat year.Ya Allah takutnya bila fikir pasal naik2 tahun nii!!!

Jadi,aku nak pakai braces ke tidak?