Wednesday, 28 December 2011

C+

Assalamualaikum

Ni nak habaq mai.
Result GIT yakni test yang aku buat time sakit gigi-demam-taklalumakan-lalukurus(ehem) ialah C+ maksudnya aku lulus.
Alhamdulillah.Thank you Allah.
I actually expected lower than this.I thought I failed.But, He gave me more than I could even think.
Yelah,tak sempat baca habis itu nota then itu exam pun aku redah saja pun.
Kemudian tawakal.Takut jer nak aim tinggi2 nanti frust sebab aku tahu usaha aku tidaklah seberapa.


Untuk pengetahuan anda,the feeling of getting C+ in medicine is like getting an A in our school's test.
Dan boleh buat kita gembira lebih2 lagi kalau kita expect fail tapi tiba2 lulus.haa, macam aku nih.

Which means whoever scores an A is either genius,hardworking gila2 stay up sampai mata lebam ,mempunyai strategi study yang hebat, dapat soalan bocor(err tak pernah la pulak) atau gabungan kesemuanya,tiga daripadanya atau gabungan dua daripada jawapan yang diberi.


So,for this upcoming endocrine end of module,
which is on this Friday,
I set up my goal:Study dengan lebih lagi supaya kalau tak dapat C+, A pun jadilah.
Oh,this sounds impossible but i now should trust myself even more.
Sebab aku tahu aku boleh.Sebab pernah jadi.InsyaAllah pisang boleh berbuah lebih dari satu  kali.
Kan Allah cakap "Kun Faya Kun".
I do believe.I do.


So, for this upcoming endocrine end of module,
Which is on this Friday,
Aku telah menanam azam untuk tingkatkan usaha,kurangkan perkara lagha.
Semangat mesti ada.


Studieren weil Allah.InsyaAllah.


Tuesday, 27 December 2011

Ignorant

Ignorant:Unacquainted with; unconscious or unaware; -- used with of.
yes.
sometimes i am.
punyalah pemalaih.
copy paste semua sekali .




Sekian.

Monday, 19 December 2011

Too much

Assalamualaikum

There are many things that i want to tell but i'm too lazy to type.
i guess i ended up.
Like, this...

Monday, 12 December 2011

Memang seksa sakit bila nak exam.

Assalamualaikum

Alkisahnya begini...
Aku start terbatuk batuk tak tentu hala sejak hari khamis lepas.
Dalam fikiran aku waktu itu adalah:

 "batuk biasa je ni.esok-esok baiklah tu".

Aku seperti biasa melantak dan membaham makanan yang aku suka.Seperti biasa ubat batuk tidak berlegar-legar di fikiran apatah lagi perasaan untuk menghirup ubat batuk tersebut.Langsung tak terfikir aku perlukan ubat batuk.

INGAT NI!

Ubat adalah dadah.Dadah adalah ubat.
Sebab itu aku x suka makan ubat  kerana ubat dan dadah adalah entiti yang sama.

Nama je lain tapi mereka sebenarnya sama. Tapi aku suka suruh orang makan ubat kalau dorang sakit.Sebab itu fikiran refleks yang otak aku suruh aku cakap melalui mulut bila ada orang sakit tapi mereka x mahu mengambil dadah  ubat.Tapi makanlah ubat kalau anda rasa itu perlu.

Aku memang tak suka makan ubat sebab tu aku cakap macam tu.Aku lagi rela tanggung sakit dari makan ubat.Aah memang suka seksa diri sendiri.Tapi aku makan jugak lah bila kena paksa terpaksa.

Tapi Allah memang jadikan badan kita kuat untuk lawan virus-virus dan bakteria yang suka ambil kesempatan semasa kita lemah.Demam,Batuk,Selsema tu sebenarnya mekanisma untuk melawan kuman-kuman tu lah.
Ubat sebenarnya shortcut je.Nak bagi baik cepat.
Cepat baik cepat la boleh buat macam-macam.Boleh shopping puas-puas,main game the Sims makan aiskrim,cikedis *hanya menyebut beberapa contoh* dan banyak lagi.

Malam tu aku dengan rasa syoknya baham ais krim berharga seringgit yang dibeli di kedai depan i-Mart.Sedapnya aiskrim!
Esoknya iaitu hari jumaat aku pon demam.
Hari sabtu pun aku demam lagi.Tapi aku x kisah sangat.Demam pon x panas sangat.
Yang buat aku tak tahan...

Hari Ahad.


JENG JENG JENG!!!




Gigi aku meragam nak tumbuh pulak..
Alah gigi geraham bongsu ke ape orang dok panggil.
Memang seksa sakit dia.
Dengan tension nak exam Isnin ni lagi kan.
Orang yang pernah rasa je tau sakit dia macam mana.
Cuba try rasa tengok.Jangan dipandang sebelah mata sakit gigi macam ni.
Rasa nak penampar je sesiapa yang tak bersalah tanpa motif yang munasabah.
Orang sekelilling pun aku x peduli.Dok asyik la fikir sakit gigi sakit gigi.Sabar je lah.
Mama cakap ini kifarah dosa.Sakit kan penghilang dosa.Nampak sangat aku banyak dosa.

Sambung...

Gigi yang dok kat belakang sekali pulak nak tumbuh.Macam baby je aku rasa.Main tumbuh-tumbuh gigi pulak .HAHA.
Selalu pon aku demam jugak kalo gigi aku ni bagi sign yang dia nak tumbuh tapi selalu x de la teruk sampai macam ni.
Plus,selalu dia sakit pon sekejap sekejap je sebab gigi aku tumbuh x habis.
Dia tumbuh separuh-separuh.Ikut suka hati dia je nak progress ke nak stop.
Nak makan punya seksa,terpaksa la gigit perlahan-lahan.Semalam lagi lah,satu apa pon aku x jamah.Aku pon xde la lapar sangat.Mungkin sebab sakit ni suppress selera makan aku.Boleh kurus ni.hoho..

Eh,kejap! kejap!

Sakit gigi aku x abis lagi ni.Sekarang pon tengah sakit lagi tau.huhu.
EOM hari ni aku redah aje.
Malam tadi aku tidur awal macam Adik tapi aku rasa Adik pon tidur lambat dari aku sebab tengok tv sebab aku x tahan sakit gigi.
Ini memang redah habis-habisan.tak tipu.

Berbekalkan semangat konon nak bangun awal sambung baca lecture notes GIT sebanyak 23 chapters dan SLP sebanyak 5 set yang tak kan pernah habis selagi belum final,aku pun tidur tanpa rasa bersalah.
Ye tanpa rasa bersalah sebab aku dah pasrah ape nak jadi jadilah.Jangan cakap aku x usaha ya.
I try my very best walaupun demam batuk sakit gigi melanda.
Aku buat setakat yang aku mampu.
Esok paginya iaitu pagi tadi aku pon bangun pukul 5.30 am walaupun aku kunci jam pukul 4 am.heheh.terlajak sket.

Aku pon sambung baca lecture notes yang tak terhabis tu kemudian pada pukul 8.30 pagi aku masuk Studio B walaupun x habis baca nota dan duduk jawab exam dengan 4 soalan OBA yang pertama buat aku berkata-kata dalam hati

 'kenapa tidak pernah ku study tentang benda alah ini?'

Aku tidak pasti pernah jumpa,buat-buat x jumpa ataupun memang aku terlepas pandang akan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan soalan-soalan tersebut.

Ini tak boleh jadi ni.Aku kena buat sesuatu.
Aku pun main-main mata dengan orang sebelah.
Ceh, dia boleh jeling aku 99 kali.
Siap tutup lagi jawapan dia dengan tangan takut aku tiru.
Skill mengorat aku x jalan.
Sebenarnya aku tak buat pun.Orang sebelah pun tak jeling aku 99 kali.
Saja nak tambah drama.

Tak pe tak pe.
Aku tak pernah kenal erti putus asa.
Exam kan macam perang.
Mana boleh give up.
Tak guna plan A,plan B, C, D sampai Z pun aku redah.


Jadi aku pon menggunakan skill menembak yang telah sekian lama dipraktikkan hampir setiap kali exam.
Alhamdulillah semua tempat kosong telah diisi dan peluru untuk menembak juga cukup.

Soalan essay buat aku sedikit lega.Aku berasa gembira kerana aku telah menggunakan skill menggoreng pula untuk menjawab essay tentang gallstone.

Baru aku terperasan exam hall  adalah satu-satunya tempat dimana manusia boleh menembak dan memasak dalam waktu yang sama.

Kuang  uang  ang.


Err,saja hilang kan huruf k hingga jadi uang dan buang huruf k dan u biar jadi ang.

 #MOTIF: Tiada motif yang pasti. Mungkin tiada pengakhiran yang difikirkan sesuai oleh penulis dengan tajuk entrinya.

Sekian.

Sunday, 4 December 2011

Hey,I've posted!

This blog is an assignment.
Sound funny to me but whatever it is,
I hope I really can make use of this blog.
What to write huh?
Ok la.This one could be the start.