Monday, 2 April 2012

Sensitif



Pagi tadi tengok Upin Ipin pun sebak tiba-tiba.

Sebab opah diorang sakit time bulan puasa.
Terharu sebab upin ipin pegi solat terawih and doakan opah walaupun kawan-kawan diorang main aci ligan kat luar surau.

Ipin nak main tapi tak jadi sebab nak doa untuk opah


Lepas tu balik rumah ipin whisper kat opah yang tengah tidur cakap "opah baik cepat ye" lalu mereka dua tidur sebelah opah.

Then tengok Ghost Whisperer S4,nangis jugak.



Kisah sorang ayah yang tak suka pakwe anak dia sebab pakwe anak dia tu dari kecik bernasib malang.
Semua orang cakap pakwe anak dia tu loser.
Tapi pakwe anak dia tu teruskan hidup sebab dia percaya ada malaikat lindungi hidup dia.
Pakwe anak dia tu percaya benda-benda paranormal.
Dia penangkap hantu.
Tapi ramai perlekehkan termasuklah si ayah tu lalu anak dia putus asa and break up dengan laki loser tu.
Bila si ayah ni dah mati,dia rasa bersalah dan tidak tenang sebab buat hidup anak dia sedih then dia tolong laki loser tu selesaikan kes kematian seorang nenek.
Laki tu makin famous lah sebab dia jumpa mayat nenek tu melalui teknologi kamera canggih dia yang boleh detect roh.
Lastly,sebelum ayah dia pergi ke syurga,dia cakap dia nak minta maaf kat laki tu and dia just nak anak perempuan dia bahagia.
Dia rasa bersalah sebab buat hidup anak dia tak gembira lepas break up dengan laki tu.


Tengok How Do I Look (TV show) pun mengalir air mata.


Ni ler TV Show tu


Seorang penghidap SLE yang dah hilang self-esteem sebab sakit,and steroids make her fat.
Dan disebabkan itu,dia bercerai dengan suami yang dah dikahwininya selama 24 tahun.
Dia hidup dengan ex-suami dia lagi lama daripada duduk dengan mak bapak dia sebab dia kahwin masa umur 16 tahun.
Lama kan?
Her sister and daughter nak tengok dia jadi yakin macam dulu,
pakai cantik-cantik dan tak malu nak keluar rumah,blend dengan society and community.
Sebab she is pretty you know,muka lembut baik je.
Tapi she has no self-confident,dan in the end,dia dapat balik kekuatan itu sebab dia masih ada yang sayang.
Eventhough dia sakit dan suami dia tinggalkan dia,dia masih ada anak dan adik yang rindukan dia yang dahulu.



Aku bukan seorang yang senang nak mengalir air mata,
tapi sekali menangis mood menangis tu susah nak hilang.
Tak tahu kenapa tiba-tiba senang pulak nak rasa sebak dan menangis.
Ketidakseimbangan hormon agaknya.



Saturday, 31 March 2012

Tak faham

Assalamualaikum,

Cuti-cuti ni memang aku bangun awal.
Tapi suka sangat nak tidur balik lepas subuh.
Tapi tadi lepas subuh aku terjumpa satu novel yang aku belom penah baca lagi kat atas meja study.
Banyak rupanya buku yang aku x sempat baca lagi kat rumah.
Aku pun capai la novel ni tajuk dia Kawan.
Adik cakap Ammar yang beli.
Aku pun bacala...

Cerita pasal uncle Cina ni syok tangkap buaya and ular sebab nak jual kat restoran.
Yela,orang Cina kan suka makan makanan pelik-pelik.
Tapi dia berhenti cari ular and buaya sekejap sebab restoran tempat dia jual haiwan2 eksotik tu kena serbu dengan Perhilitan.
Lepastu plot cerita tu terarah pula kepada keluarga salah seorang pegawai Perhilitan.
Pasal anak-anak dia.Tipikal budak-budak kampung zaman dulu-dulu.
Lepastu budak2 kampung ni main perang2,aku rasa jalan cerita dia best cuma ayat dia agak skema.
Aku mulai bosan lalu tanpa sedar mataku terkatup.
Maap le aku baca tak habis.Aku yang taip ni pun rasa bosan nak cerita.
Tak pasti connection uncle jual ular tu dengan pegawai perhilitan tu.
Kena tangkap kot.Ending dia pun aku tak sure.

Tadikan mataku terkatup.
Pabila daku membuka mataku,jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari.
Ooops,lama pula katupan mataku.Aku terus ke bilik air dan mandi.

Pabila ku turun aku berasa lapar lalu ingin makan.
Wah,makanan tengahari sudahpun siap.
Tetapi telingaku terpaksa mendengar suara merdu Mama dahulu.
Apa ntah ayat Mama aku tak ingat,yang pasti dia bebel la aku bangun lambatsss.
Wakaka.Tetapi aku sudah pun immune dengan bebelan itu.
Lalu aku pun makan dan buat tak tahu saja.
Ehehehehe....

Konklusinya,aku memang suka buat cerita xdak kaitan,atau kurang kaitan.
Eh,Aku pun tak faham lah apa yang aku tulis.


P/s:Anda dibenarkan tidur atau mengatupkan mata anda selepas membaca entri ini.


Sekian.




Sunday, 4 March 2012

Lega sikit

Assalamualaikum,

Ini entri ke 3 untuk hari ni.
Aku tak tau nak share dengan siapa lagi selain doa kat Allah n cerita semua ni kat mama.
Alhamdulillah,dah rasa tenang sikit.
Mood study pun dah datang balik.
Thank you Allah.
Oh,lupa nak bagitau esok ada Mock OSCE.

Ni sebenarnya test before the real one in final nanti.
Ada history taking which means kita kena tanya patient dia sakit apa,kat mana sakit,bila sakit etc.
Lepas tu kena buat physical examination berkaitan dengan tempat dia complain sakit tu.
Each session.history taking and PE takes 4 minutes.

Module yang ada GIT and Neuro.
Tapi Dr. cakap pasal Neuro.
Banyak kot dia boleh tanya.
Upper limb,lower limb,Cranial nerves.
Cranial nerves tu ada 12.Pandai2 la aku teka apa possibility yang depa boleh suruh kita buat dalam masa 4 minit.

Nervous pulak.hikhik.
Malam ni nak practise dengan kawan.
Harap esok habis cepat.
Boleh balik awal :)

Tensi

Tensed much yet not reach maximum level.
Boleh sabar lagi rasanya.
Final Exam lagi dua minggu.
EOM reproductive Jumaat depan.

Aku dok termangu macam tak tahuan.
Serius tengah stress.

Stress sebab mood study tak mai lagi.
Stress sebab tengok orang lain rajin study.

Stress ni mesti sebab belom period lagi.Huiii
Stress sebab rasa macam kena tipu.Eh bukan macam memang tapi aku tak tertipu.
Tipah tertipu.
Lama tak dengar lagu tu.

Stress sebab sebenarnya aku tak faham kenapa nak rasa stress sekarang.
Siapa cakap bila nak exam je kena stress??
Tak boleh ka nak enjoy enjoy happy happy time exam?

*Boleh.
*Hang bila enjoy hang tak study.
*Hang tak study tengok la result nanti.Nak repeat lagi ka?
*Aku tak mau.
Hoih.
Evil sungguh kata hati aku ini.

Aku akan cuba untuk sambung study balik.
Kira sampai seratus.
Aku nak tutup lappy.
BAHAYA bukak lama-lama.Lagi-lagi bila ada internet connection.
 

Trust

Assalamualaikum,

Adakah berdiam diri satu perbuatan yang betul sekarang?
I know the truth already.
Bukan baru tau.
In fact, long long time ago.
Nak marah ke nak buat tak tau?
Nak reveal yang aku dah tau ke nak buat orang tu rasa macam aku still tak tau?

Fake.
Causes pain.
Especially when you know the truth behind every single lie people make.
But you decide to act like nothing happens.

Tak pasti dan tak faham motif sebenar.
Kenapa nak buat macam tu dekat orang?

To put a trust on people isn't easy to me.
Sedikit paranoia dan suspicious.
Dan sekarang memang la lagi susah.

Sorry I can't trust you anymore.