Saturday 31 March 2012

Tak faham

Assalamualaikum,

Cuti-cuti ni memang aku bangun awal.
Tapi suka sangat nak tidur balik lepas subuh.
Tapi tadi lepas subuh aku terjumpa satu novel yang aku belom penah baca lagi kat atas meja study.
Banyak rupanya buku yang aku x sempat baca lagi kat rumah.
Aku pun capai la novel ni tajuk dia Kawan.
Adik cakap Ammar yang beli.
Aku pun bacala...

Cerita pasal uncle Cina ni syok tangkap buaya and ular sebab nak jual kat restoran.
Yela,orang Cina kan suka makan makanan pelik-pelik.
Tapi dia berhenti cari ular and buaya sekejap sebab restoran tempat dia jual haiwan2 eksotik tu kena serbu dengan Perhilitan.
Lepastu plot cerita tu terarah pula kepada keluarga salah seorang pegawai Perhilitan.
Pasal anak-anak dia.Tipikal budak-budak kampung zaman dulu-dulu.
Lepastu budak2 kampung ni main perang2,aku rasa jalan cerita dia best cuma ayat dia agak skema.
Aku mulai bosan lalu tanpa sedar mataku terkatup.
Maap le aku baca tak habis.Aku yang taip ni pun rasa bosan nak cerita.
Tak pasti connection uncle jual ular tu dengan pegawai perhilitan tu.
Kena tangkap kot.Ending dia pun aku tak sure.

Tadikan mataku terkatup.
Pabila daku membuka mataku,jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari.
Ooops,lama pula katupan mataku.Aku terus ke bilik air dan mandi.

Pabila ku turun aku berasa lapar lalu ingin makan.
Wah,makanan tengahari sudahpun siap.
Tetapi telingaku terpaksa mendengar suara merdu Mama dahulu.
Apa ntah ayat Mama aku tak ingat,yang pasti dia bebel la aku bangun lambatsss.
Wakaka.Tetapi aku sudah pun immune dengan bebelan itu.
Lalu aku pun makan dan buat tak tahu saja.
Ehehehehe....

Konklusinya,aku memang suka buat cerita xdak kaitan,atau kurang kaitan.
Eh,Aku pun tak faham lah apa yang aku tulis.


P/s:Anda dibenarkan tidur atau mengatupkan mata anda selepas membaca entri ini.


Sekian.




No comments:

Post a Comment