Sunday 1 January 2012

Chapter 2012 , Page 1 of 366

The title is actually a trend on Twitter.

Azam tahun 2012?
Tak fikir lagi.
Aku punya azam tak payah nak kena tunggu tahun baru.Bila-bila pun boleh buat.
Seriously memang tak rasa ada beza sangat pun antara semalam (2011) dan hari ini (2012).
Orang dok pum pam kebabom  pasang bunga api  dan mercun pukul 12 malam tadi aku boleh lena tak sedaq apa =.=
Memang kalau depa pasang TNT pon aku tak sedaq.
Padahal aku tidoq 15 minit sebelum pukul 12.
Jikalau mengikut logik,if baru 15 minit tidoq orang masih boleh terjaga jika kebingitan terhasil.
Itulah aku.
Sungguh ignorant.
Tak tau la pasai apa mengantuk ngat.
Sedangkan aku yang berkobar-kobar nak tengok bunga api sebenaqnya.Kat area rumah aku tiap2 kali tahun baru mesti ada pasang bunga api and I can see the fireworks just through my windows (if bertuah,sometimes kena keluar rumah).
Melepas aku nak tengok fireworks yang cantik-cantik itu....


Oh,bercakap tentang 2012,
Tahun ini adalah tahun lompat.
Ni ha fakta tentang 2012 aku cari kat Wiki.


2012 (MMXII) is a leap year starting on Sunday in the Gregorian calendar, and it is the current year. It is the 2012th year of the Common Era (CE) and Anno Domini (AD) designations, the 12th year of the 3rd millennium and of the21st century, and the 3rd of the 2010s decade.

Haa..Sekarang,barulah nampak macam berilmiah sikit entry aku ni.

Okay,tahun ni ada 366 hari yakni bulan Februari yang selalu ada 28 hari kini ada 29 hari.Tambah satu hari kat situ.Now,i'm thinking...
Kenapa dalam banyak2 bulan,nak kena pilih bulan Februari?Kenapa tak pilih bulan lain?
Pilihlah bulan lain.Julai ke Ogos ke...Bulan yang ada 31 hari la best.
Nanti jadi 32 hari.Baru nampak cool bila ada tarikh macam ni dalam kalendar. 
*32 July 2012.*Contoh

Macam mana boleh ada terlebih satu hari?
Err,panjang ceritanya,pergi baca sendirilah ye.

Tapi sebenarnya,
Orang Barat seperti Julius Caesar dan Augustus Caesar sengaja je  nak tunjuk pandai bagi teori sana sini sebab nak suruh kita ikut kalendar depa.
Julius Caesar buat Julian calendar,tapi after that Augustus Caesar kata ada salah sikit,
lalu terhasillah Gregorian calender iaitu yang dipakai oleh masyarakat dunia sekarang.
As they want to rule the world.
Ni link kalau nak tau lebih lanjut http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1293.0
And kita sekarang dah terjebak dengan pakatan mereka.Terpaksa je ikut.
Padahal boleh je nak ikut takwim Islam.

Kerana terlalu mengagung-agungkan tarikh 1 Januari setiap tahun,ramai yang terlupa tarikh hari ni kalau ikut bulan Islam.
Termasuklah aku.Yang tau tu taulah,tapi honestly memang aku tak tau.

Sampai kena search tarikh hari ni....














































Haa,,,Jumpa pun,
6 Safar 1433H bersamaan 1 Januari 2012.



Betapa takwim Islam kurang diberi perhatian kecuali bila dah nak dekat2 tarikh puasa dan raya.
Baru aku sedar,
Betapa orang Islam sendiri x alert dengan tarikh dalam kalendar Islam.
Baru aku sedar,akulah antara orang itu.
Aku tau korang pun sama...kui3.

Sekian.



No comments:

Post a Comment